Nota Penting : Pemohon hendaklah mendapat bimbingan daripada ibubapa ataupun guru semasa mengisi borang permohonan online SMART TAHFIZ MASJID UNISEL bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa memasukkan setiap data maklumat yang diperlukan dalam sistem tersebut. Sila baca dan fahami dahulu panduan memohon yang disertakan pada laman sistem permohonan adalah langkah terbaik bagi mengelakkan kesilapan. Sila membuat semakan semula maklumat yang diisi itu dengan teliti sebelum mengesahkan dan mencetak permohonan yang telah dilengkapkan.
Maklumat terma dan syarat untuk kemasukan ke SMART TAHFIZ MASJID UNISEL.
- Minimum Hafazan 10 Juzuk ( Lepasan Maahad Tahfiz)
- Kemampuan Bacaan Al Quran yang baik (lepasan Pondok)
- Berumur antara 16 tahun hingga 22 tahun
- Lulus Ujian Kelayakan.
- Tahap kesihatan yang baik.
- Pengakuan tahap disiplin yang baik dari sekolah lama